Cara Cepat Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin.

Cara Cepat Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin
Cara Cepat Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin.

Luka bersalin memang perlu dijaga sebaiknya. Ia bagi mengelakkan infeksi berlaku pada tempat jahitan tersebut. Bagi pengalaman kak lia sendiri, Alhamdulillah semua bersalin secara normal, kak lia memang sangat risau dalam penjagaan  pada bahagian luka jahitan selepas bersalin.

Alhamdulillah. bila ikut nasihat dari doktor, nurse dan buat rujukan dan bacaan di internet, macam mana cara cepat nak sembuhkan luka selepas bersalin, luka jahitan selepas bersalin kak lia kering cepat. Kak lia ada rahsia juga tau. Harini kak lia nak buka rahsia tersebut.



Macam macam petua dan tips yang kita boleh lakukan untuk cepat sembuhkan luka jahitan semasa bersalin. Apa yang kak lia lakukan masa menjadi ibu pertama kali dulu, salah satunya make sure tempat luka sentiasa kering dan letak ubat luka yang hospital bagi without fail selepas mandi. Lepas tu keringkan bawah kipas.

Hasil bacaan dan juga tips tips dari kawan kawan kak lia juga, korang boleh juga cuba cara untuk cepat sembuhkan luka bersalin seperti berikut.

Cara Cepat Sembuhkan Luka Jahitan Selepas Bersalin.


Bagi ibu yang bersalin normal, pastikan ibu ibu alert dengan penjagaan kebersihan miss V. Salin pad (maternity pad) 1-2 jam sekali pada awal awal hari selepas bersalin jika aliran darah banyak. Pastikan juga pakaian dalam yang digunaka tidak terlalu ketat dan menggunakan fabrik yang sejuk dan selesa.
Bagi ibu yang melalui pembedahan, tempat luka jahitan tu pastikan sentiasa dicuci dengan pencuci yang sesuai. Elakkan sapu minyak atau bahan bahan yang tak sesuai bagi elakkan tempat luka jahitan bernanah.

Tips ni boleh diamalkan sekiranya ibu rasa selesa dan sanggup buat lah. Kak lia tak pernah cuba lagi tapi ada tips dan petua orang lama lama pesan cuci tempat jahitan (episiotomi khususnya) untuk cepat kering. Tapi kak lia gunakan air basuhan dari set Tanamera (femanine herbal wash) untuk basuh tempat luka jahitan.
Yang ni memang sangat penting. Kene rehat dan baring secukupnya bagi mengelakkan luka cepat sembuh. Terutamanya bagi mengelakkan jahitan terbuka. Kalau jahitan terbuka, tau tau sajalah apa kene buatkan. Ke hospital laa semula jawabnya. Ngerii. Oleh sebab itu, kurangkan bergerak.
Semasa berpantang, janganlah terlampau strict sangat sampaikan nak minum air kosong pun takut. Makan secara sihat dan pelbagaikan menu yang lengkap dengan protein, serat dan vitamin. Tujuannya bagi mengelakkan masalah sembelit yang boleh mengganggu sistem pembuangan yang tak lancar. Selain tu, ia bagi cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin supaya mudah bagi sel sel bercantum dengan baik.

Pengalaman bersalin Kak Lia.

my baby girl Hanna & Husna

Umur 26 tahun kak lia melahirkan anak perempuan pertama. Sebagai seorang ibu muda masa tu, kak lia memang tak ada idea langsung bagaimana nak handle diri kak lia selepas bersalin. Luka bersalin untuk anak pertama bagi kak lia paling teruk diantara ketiga tiga anak. Sebab luka episiotomi tu dia terkoyak sendiri tanpa digunting. So ibu ibu boleh agak laa kan macam mana nak jahit luka tu.

Lepas bersalin, kawasan luka jahitan bengkak sebab doktor cakap kawasan tu kulit sensitif dan nipis. Hanya Allah saja tau masa tu perasaan kak lia. Takut, takut kalau kalau benang jahitan terbuka sebab ada bengkak.

Apa yang kak lia buat, Balik rumah memang kak lia baring saja. Lagi banyak bergerak dan duduk, kawasan luka jadi makin sakit. Sapai berdenyut denyut. Lepas mandi, memang kak lia sapu tuang ubat luka hospital bagi banyak banyak. Itu jelah yang kak lia mampu buat.

Tiba anak kedua. Kak lia standby dah dengan pengalaman lalu. Tapi kali ni kak lia ada rahsia dan perisai untuk kurangkan rasa sakit dan nak cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin. Kali ni kak lia lengkapkan diri kak lia dengan set bersalin shaklee fullset. Lengkap. Sampai rumah, kak lia dah start ambik Vivix shaklee dan vitamin berpantang shaklee. Masa anak kedua baru kenal shaklee. 

Amazingly, Alhamdulillah dengan kuasa Allah, rasa sakit tak ada langsung. Kalau dulu berdenyut denyut, tapi masa berpantang anak kedua, kak lia tak rasa sakit dan badan lebih bertenaga. Masa anak kedua pun tak ada kene gunting. Semua natural tear. Nasib baik kali ni, nurse yang jahit tu dia pandai jahit dengan cantik. Kalau lah masa anak pertama dah makan vivix shaklee, kan seronok. Takdelah rasa seksa bengkak kat kawasan jahita. Tapi semua ada hikmah kan.


my baby boi Ahmad Aasif

Time anak ketiga? Tak bernasib baik untuk minum vivix selepas bersalin. So kak lia mula rasai sedikit denyutan pada kawasan luka macam pengalaman anak pertama tapi kali ni rasanya tak teruk sangat sebab luka jahtan tak banyak. Kak lia lupa nak standby Vivix sesiap. Merasalah sakit kat tempat jahit tu sebelum sembuh sepenuhnya. Tapi tak lama pun sakit, within 2 minggu semua dah ok. Alhamdulillah.

Gitulah kisah rahsia kak lia untuk cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin. Supplement sangat membantu diri kak lia untuk lebih segar bertenaga dan tak rasa sakit pada tempat jahitan. Untuk anak ke empat nanti, next next time laa kan, selain dari tips dan cara cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin kat atas tu, kak lia nak standby Vivix shaklee siap siap. Tak mau dah jadi macam anak ketiga lambat amalkan vivix pastu merasalah sakit macam pengalaman anak pertama. Hehehe. Tapi semuanya dengan izin Allah s.w.t juga kan.

Bukan kak lia saja yang merasai kehebatan berpantang dengan vivix dan set bersalin shaklee ni, ibu ibu lain yang bersalin dan mengalami jahitan untuk bersalin pun turut gembira apabila mereka minum vivix dan set bersalin sahklee, luka jahitan cepat sembuh, kering dan tak rasa sakit. Alhamdulillah. Seronok kak lia dapat tau perkara ni. 

Semoga lebih ramai ibu ibu diluar sana pun dapat ambil info cara cepat sembuhkan luka jahitan selepas bersalin ni dan menikmati saat saat berpantang dengan gembira dan tanpa stress.

Vitamin yang kak lia amalkan semasa berpantang.

Apa kata ibu ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin.





Beli Set Berpantang Shaklee Disini.


Beli Vivix Free Membership Disini.


Jika anda berminat untuk terus mendaftar ahli, bertanyakan mengenai produk atau ingin membuat order, boleh terus hubungi kak lia ditalian WHATSAPP.

order via whatsapp.

Terima Kasih semua kerana sudi membaca. ☺

Labels: